Jumaat, 2009 April 03

Najib ingin merubah???

Assalamualikum pada semua pembaca...

03/04/09

Hari ini aku telah melihat ucapan dari Perdana Menteri ke 6 berucap di semua saluran tv.

Satu perubahan yang amat drastik bagi aku adalah apabila Najib memulakan langkah pertama pentadbiran negara dengan penuh "demokrasi" apabila Najib telah melepaskan tahanan Hibdraf dari ISA serta memansuhkan pergantungan permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan.

Pasti ramai yang memuji sikap Najib kerana berani mengambil satu sikap yang amat ketara dengan mendengar suara hari rakyat. Syabas aku ucapkan buatmu wahai Najib...

Namun apakah dengan itu aku akan menyokong mu wahai Najib???
Jawapan aku tetap TIDAK!!!

Ya.. Bagi orang biasa atau kebanyakan mungkin akan mula memuji dan mula membuka hati untuk menerima ko sebagai PM yang baru.. Aku rasa just orang2 tua. Namun bagi jiwa dan pemikiran orang muda seperti dapat menghidu apa yang ada di sebalik semua itu.

Najib mengutuk Anwar Ibrahim dengan bermacam2 kutukan namun Najib tak layak walau hujung kuku nak di bandingkan dengan Anwar Ibrahim... Kenapa??? Kerana Najib penakut!!! Anwar menentang Mahathir semasa Anwar sebagai timbalan... Tetapi lihatlah pada diri ko tu Najib.. Layakkah ko untuk di bandingkan dengan Anwar?? Layakkah ko nak mengata pada Anwar???

Di bawah pemerintahan Pak Lah ko hanya di kenali sebagai "Yes Man". Pernah ke ko bangkang Pak Lah??? Apa je Pak Lah cakap atau usul ko akan kata "saya menyokong penuh".. "saya amat setuju"... "Pak Lah betul"... "saya tetap menyokong beliau walau apa yang terjadi"...

Namun apabila orang bawahan bersuara agar proses penyerahan kuasa di percepatkan tetiba sahaja ko cakap "saya ikut kata akar umbi jika itu mereka mahukan"... Mengapa ko tak kata "saya tak boleh terima, kita harus beri sokongan kepada Pak Lah dan beri Pak Lah masa untuk memetulkan apa yang tersilap"... Tapi jenis manusia macam ko yang penakut dan di tambah dengan sikap ko agak macam "lalang" bagaimana ko anggap aku sebagai rakyat Malaysia boleh terima ko???

Perdana Menteri yang bacul macam ko ni Najib tak layak jadi PM aku... Dan jangan lupa bahawa ko naik menjadi Perdana Menteri sekarang bukan dengan faktor Mr. Clean or Mr.Reformasi tetapi dengan gelaran Mr. Altantuya or Mr.Killer Image.. Akhbar luar negara duk cerita kaitan ko dengan pembunuhan Altantuya tetapi ko masih senyap sunyi sepi bagaikan "damai abadi".. Akhbar luar negara mula mengoyak imej Malaysia di mata dunia tetapi ko masih juga duk sunyi sepi bacul, penakut... Perdana Menteri apa ko nie????

Aku tak tau apa dunia akan kata pada kita bila ko dah jadi PM sekarang. Jangan nanti orang luar melabel kita sebagai negara "pembunuhan tanpa label" oleh kerana sikap bacul yang ada pada ko. Setakat dayus sebagai suami tu lantak ko lah tapi aku tanak nama Malaysia tanah tumpah dan mungkin kubur aku di hina oleh masyarakat dunia...

Buat Najib... Pendirian aku masih utuh dan takkan berubah selagi ko tak berubah.. Aku tetap tidak mengaku ko sebagai Perdana Menteri NEGARA AKU!!!!

Najib... Ko langsung tak layak....

Rabu, 2009 April 01

Apakan terjadi???

Assalamualaikum...

Terima kasih kerana menjengah ke blog yang tidak seberapa ini. Namun inilah demokrasi yang ada untuk insan yang kerdil di mata dunia seperti aku. Anak muda yang ingin bersuara...

Apa yang anda akan baca di sini adalah suara hati seorang anak muda yang mempunyai Kad Pengenalan warna Biru, yang bergelar Anak Jati Malaysia. Kepada mereka yang tidak senang hati dengan apa yang aku ingin katakan di sini aku mohon maaf kerana ini adalah pandangan peribadi dari aku sendiri.

Setiap hari dalam hidup aku masih mencari2 ke mana hala tuju Malaysia sekarang untuk masa depan. Aku selalu memikirkan masa depan kerana pada masa hadapanlah anak-anak aku akan membesar. Sudah pastinya aku inginkan sebuah negara yang aman dan makmur yang MENJAMIN masa depan anak-anak aku. Dan pastinya bukan aku saja tapi korang semua pasti memikirkan perkara yang sama...

Abdullah akan berundur.. Kini masa untuk Najib pula. Sepatutnya apabila bertukarnya Perdana Menteri pasti semua harapan baru akan di letak pada pemimpin yang baru namun... Hmmm... Aku nampak masa depan negara makin malap. NAJIB... Setahu aku yang aku kagumi pada NAJIB ini hanyalah pada TUN RAZAK sahaja. Tentang Najib aku tak nampak sebarang keistimewaan pada dia semasa di melangkah kaki melengkapkan teori RAHMAN sebagai Perdana Menteri ke 6...

Semasa Abdullah mula-mula melangkah kaki ke Putrajaya dia terkenal dengan Mr. Clean. Anak seorang yang amat di kenali dan cucu kepada seorang Ulama'. Dan terbukti sokongan padu di berikan pada Abdullah ketika itu sehingga Pak Lah memenangi Pilihanraya Umum dengan penuh kemegahan. Kemenangan yang amat membanggakan dan ketika itu aku salah seorang yang berada dari Parti Pas melompat mengangkat bendera "KATI" sebagai tanda sokongan padu kepada cucu Ulama' yang saya kagumi di sini. Aku begitu pasti Abdullah adalah calon yang di nanti2 untuk merubah Malaysia menerusi pandangan cucu seorang Ulama'. Walau dia hanya cucu kepada Abdullah Fahim pasti ada sedikit sebanyak tempias yang melekat dari arwah kepada cucunya. Bersorak gempitalah aku apabila Pak Lah mendapat kemenangan yang amat besar ketika itu.

Namun sepenggal sahaja pemerintahan Abdullah menampakkan bahawa beliau bagaikan tidak layak walau ingin di kaitkan dengan cucu Ulama'. Semasa Mahathir memerintah aku tak pernah kenal siapa Mukhriz walaupun dia anak kepada Perdana Menteri ke 4. Tetapi sepenggal pemerintahan Pak Lah nama Khairi Jamaludin meletup dengan tiba2.. Sedangkan aku tak kenal siapa "budak" bergelar KJ sebelum ini.. Hanya sebagai seorang menantu tetapi tiba2 namanya melonjak2 naik begitu sahaja..

Akhirnya pengajaran telah di berikan oleh rakyat pada tahun 2008. Satu petanda kepimpinan sedia ada tidak lagi relevan. Abdullah terduduk.. dan Najib pula bagaikan menanti peluang ini melihat satu harapan bahawa dia mungkin bakal melangkah ke Putrajaya lebih awal. Dengan gaya yang nampak lemah lembut Najib tersenyum sindir menyatakan sokongan kepada Abdullah tetap kuat dan akan terus menyokong Abdullah. Namun hanya sekali jolokan dari orang bawahan si Najib beralih arah dengan memanipulasi kenyataan menyatakan dia hanya mengikut kata orang bawah yang mahukan penukaran kuasa agar lebih cepat dari yang sebelumnya... Dan akhirnya pada bulan April 2009 Pak Lah dengan senyuman yang agak sumbang menyatakan akan menyerahkan kuasa kepada Najib...

Najib???? Soalan yang berlegar di kepala aku sekarang layakkah Najib menjadi Perdana Menteri ke6????

Apabila sebut sahaja nama Najib aku mula terkenang Kapal Selam, Seorang Perempuan Monggolia dan beberapa buah Helikopter...

Namun inilah bakal Perdana Menteri yang bakal memerintah negara aku nie. Aku sendiri tak tau apa pandangan negara2 luar kepada Najib sekarang. Belum pun di nobatkan menjadi "jaguh ke 6" dah di kaitkan dengan pembunuhan.. Bukan perkara remeh dalam Malaysia tetapi Dunia sedang melihat seseorang yang di "tuduh" dengan kaitan pembunuhan akan menjadi Perdana Menteri. Mungkin hanya orang2 BN sahaja yang menerima orang sebegini menjadi ketua mereka.. Jawapan aku sebagai rakyat Malaysia adalah TIDAK!!!

Najib... Ko tak layak jadi Perdana Menteri Malaysia dan aku sebagai rakyat Malaysia takkan dan tidak sekali2 akan mengaku ko adalah Perdana Menteri Malaysia. Sebagai seorang rakyat Malaysia aku tak pernah iktiraf ko sebagai Perdana Menteri aku tetapi ko hanya PM kepada pembodek2 dalam barisan parti ko sahaja...

Wahai Najib... Negara Malaysia di kenali oleh negara luar sebagai sebuah negara Islam. Namun aku nak tanya ko sama ada ko benar2 memahami agama Islam seandainya ko nak jadi Perdana Menteri???

Perkara pertama sebelum ko nak jadi Perdana Menteri ko pandang pada Isteri ko tu dulu... Suruh dia tutup aurat. Aurat wanita dalam Islam bagi wanita adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan. Ko tengok bertul2 pada bini ko tu dulu.. Adakah ko layak jadi seorang suami yang beragama Islam???? Sekiranya dalam keluarga ko sendiri pun keIslaman itu tidak kelihatan bagaimana ko nak memerintah sebuah negara Islam????

Najib.. Ko sama jer dengan Pak Lah... Hadhari Ntahapahapntah....

Buat Najib... Ko tak layak....